20130623


ini dinamakan kenangan "membunuh".
kalau ada kapsul masa..

20130606

LOVEY DOVEY PUNYA ENTRY

8hb ni hari sabtu.Aku cuti.

Sekadar suka-suka bagitahu tapi ini bukan yang aku mahu cerita.

Ini berkenaan hati dan perasaan.

Serius bukan?
.
.
.
.
.
.
lolololol

is that you..bibir....

Pernah suka kat seseorang?Mestilah pernah kan.Sedangkan batu yang keras pun boleh dipecahkan air,inikan pula perasaan halus seorang manusia.

Aku jenis yang cepat suka kat orang.Aku amat jelas bila aku suka orang tu atau tak.Kalau aku tak suka
*maksud kat sini bukan benci,tapi no feeling lovey dovey*,aku rasa biasa.Hati aku tak rasa apa-apa.Tengok pun tak ada perasaan.Kosong.

Dan sekarang!Now!Aku suka seseorang.Tapi...macam mana nak describe aihh..hmm..hmm..macam ni boleh kot.

Bila selisih,kalau dia jalan dengan orang lain,aku akan buat tak tahu atau tak nampak kat dia.Nampak sombong kan?Tapi kat orang lain tu aku tak buat macam tu pun.Aku senyum manisss macam susu pekat F&N.

~oh betapa manisnya..manisnya senyumanmu..~

Mungkin sebab aku tak nak terbawak-bawak perasaan mushy lovey dovey yang entah ke mana tak pasti.Sebab aku tak nak hanyut mungkin.

Masa rehat pulak,meja tempat aku selalu makan sebelah dengan meja dia.Meja dia ada pakcik-pakcik merokok.Kadang-kadang aku terfikir jugak,duduk dengan pakcik-pakcik ni..dia merokok jugak ke?Sebab aku anti sikit orang merokok ni.Kuasa Tuhan mungkin nak tunjuk,sekali lepas makan elok je keluar rokok sebatang masuk mulut.Masa tu..perasaan..macam..terkejut ada..sedih pun ada.Aku sendiri tak pasti sedih tu untuk apa.

Sedih mungkin imej baik yang aku save untuk dia damage sebab kena virus rokok tu.Mungkin kot.Sedih sampai terkejut.Pastu demam.Hmm..demam tu auta.Macam over pulak.buahahaha.

Aku tak lah frust menonggeng sampai kena meraung-raung kat gunung everest ke,nangis sampai mata hitam macam panda ke dan situasi seakan-akan sama waktu dengannya.

Tak apa lah kan,ada hikmah sebaliknya.Sebab kadang-kadang benda yang kita suka mungkin sebenarnya tak elok unuk kita dan benda yang kita tak suka mungkin baik untuk kita.Tapi,janganlah kau babitkan rokok dalam hal ni.Sah-sahlah rokok tu aku tak suka dan tak baik untuk aku.Pahemmm.

Okaylah,nak sambung nangis. ???

Eh,eh..nak tido.Esok jumpa dia lagi.Eh eh.Esok kerja.

Bye!



20130524

Actually...

What is the real meaning of MARRIAGE?

20130521

QUIZ FOR TODAY



Learn about life? Or life that taught us to learn? or both maybe?

maybe...

20130512

KEMAS OOIII KEMAS!

Hari minggu lepas-lepas...aku kemas-kemas barang kat rumah.kemas?ye kemas....
.
.
.
.

kemas?

eh, pelik sangat ke aku dan kemas?*dush3,hambek nih*

Dan..jeng jeng jeng..

Tengah kemas-kemas, aku terjumpa ni..

search google keyword "lipas"..eeeehh,geli nok!cepat2 cari gambo lipas cute2.
*betapa prihatinnya daku*


Tapi lipas bukan adalah watak utama dalam entry ni.

Aku jumpa benda ni

hooo..glove tu bukan bermaksud aku budak medik.

Waktu sem 5 dan sem 6,aku ada buat satu projek.Projek BESAR.Berjuta-juta punya projek.Kalau fail aku kena jawab dengan CEO dan dipecat,tapi ada seorang jejaka telah menyelamatkan aku dari situasi itu dan membawa aku lari bersamanya.Eh.Eh*mode baca nobel terlebey*

SEMULA

Aku ada buat projek.FINAL YEAR PROJECT(FYP).Wajib buat.Kalau nak grad lah.Individu.Setiap pelajar tajuk yang berbeza dan proudly present tajuk projek aku..ececeh..

PREPARATION AND CHARACTERIZATION OF SILICON NANOSTRUCTURES BY MAGNETRON SPUTTERING.

Wah.Macam berjuta-juta punya projek tak?Heee..

Banyak pahit dari manisnya *dugaan nak berjaya kan orang kata*

Sebab aku punya tajuk ni kat Malaysia tak ada orang buat lagi. So,nak cari reference agak payah. Contoh kalau nak cari jurnal, jumpa satu ja yang betul-betul macam ada kaitan.Jurnal lain pun ada tapi bahan yang berlainan macam silicon ganti dengan zinc or silver or blablabla..

gigih kan?kan?.....kan?

Dan kebanyakan kawan-kawan aku dapat senior (master) yang boleh bantu dalam projek diorang.Sama ada senior tu berpengalaman atau projek tu mempunyai peluang untuk dimasukkan dalam thesis diorang.

Tapi,bagi kes aku dan sorang lagi kawan aku tak mempunyai senior.Jadi supervisor tolong carikan senior untuk kami.Supervisor panggil 2 orang senior tu datang ke makmal.

Bila face to face berjumpa dan supervisor introduce kami kat senior,air muka senior yang bakal bantu aku berubah.Aku tahu.Petanda.Petanda buruk dalam perjalanan projek aku.Sebab kawan aku pun perasan riak wajah senior tu berubah.

And here we go.Segala petanda menjadi benar belaka.Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.Haha.*lame joke* Tak apalah,pernah terfikir jugak nak give up.Tapi,aku ada kawan-kawan yang sudi tolong aku.Mereka ni lah  Juya (selalu dengar aku punya bebel-bebel,hee) , shida (pun selalu dengar aku bebel-bebel) , adiy ngan mira (punn selalu dengar aku bebel-bebel) . Kiranya diorang ni..

ketawa bersama,menangis bersama..*ok,takat ni,x mo sambung*

Tapi,itu semua pengalaman.Bila dah kerja ni,serius gilos nak belajar balik *nampak tak ketidaksyukuran aku*.

So kesimpulan entry aku kali ni....kemaslah bilik anda untuk mengingati kenangan dulu.weeee...















20130415

USIA

"Ramai orang anggap saya lebih muda dari usia sebenar"

"Wajah saya tampak lebih muda dari usia dengan memakai krim antiseptik."

Tampak muda kan?kan? *tampar nak?*

Mesti pernah nampak iklan macam ni kan?Telinga korang ada terngiang-ngiang tak dengan ayat ni?Aku selalu terdengar sebab terjadi satu "eksiden" ni kat aku.Bermulanya begini..*flashback hitam putih*

Aku tengah sembang-sembang dengan sorang makcik.eh eh.dengan sorang akak ni kat tempat kerja.Bukan niat aku nak curi tulang.Tapi barang untuk production tak banyak.Aku pun tumpang sekaki lah walau kerja kat pejabat berlambak-lambak tak hengat!Sekaki ja waktu sembang tu.

Tengah sembang-sembang,kitaorang terkeluar pasal umur budak-budak kat kilang ni.Yang paling muda tak silap aku 19 tahun.Muda sangat.Tapi dah bertunang.Huh.Untunglah.Aku bayang tunang pun tak nampak lagi.Eh.Tetiba.

Tengah sembang-sembang,ada akak ni tanya umur aku berapa.

Belum sempat aku jawab,betapa baik hati sorang akak ni tolong jawabkan untuk aku

"Hang ni kalau bagitau umuq 26 pun orang boleh percaya"

Waaahhh.WOW!

Aku pun bantai gelak ja walaupun nampak sangat gelak aku tu buat-buat.Mana taknya,aku 24 pun tak sampai lagi.Kalau aku tak gelak,memang aku dah blah dari situ.Nampak kebiadaban terhadap orang tua.

Bukan kali pertama aku dengar.Sebab tu aku boleh gelak lagi.Sebab ada orang pernah bagitau depan-depan aku cakap muka aku tua.Heh.

Aku kisah.

Kalau aku tak kisah,aku tak sentap dan menangis masa pertama kali aku dengar.Menangis?Heee...

Aku bukan batu yang tidak bertelinga yang tidak boleh mendengar lalu menghantar maklumat ke otak dan interpret information that I heard.*ha,speaking kau*

Mungkin faktor aku anak sulung yang membuatkan aku lebih matang dan nampak tua sedikit.
Mungkin aku jarang tersenyum yang menyebabkan aku nampak tua sedikit.
Mungkin aku asyik fikirkan masalah yang meyebabkan aku nampak tua sedikit.

Hmmm..
.
.
.
.
.

Tak tahu nak elaborate apa lagi pasal ni.

People don't know what I'd been through.When I'm being "crazy" with all laugh in front of friends or others, I'm actually lonely after that.The sorrow of my life,the pain of my life,hope I can share it all with the people who is truly understand me.Simply said,I'd no sweet memories of my childhood,teenagers.They don't know. And I won't tell. *sigh,don't like this emotional end of this entry*










20130403

ENTRY SERIUS SANGAT!

Panas!Panas!*angkat lengan baju sambil tunjuk gelang emas sampai siku,hik*


You alls nak tahu..*tangan lentik2* ,sebelum I balik kerja tadi,I dengar sorang staf ni sembang2 dengan bos I.Dia bagitau apa kat bos I..you alls nak tahu?nak tahu? 

Dia bagitahu kat bos I parlimen dah dibubarkan you alls.*okey,aku berhenti sebelum orang baling batu kat sini kemudian sembunyi tangan.eh eh*

Aku taklah berkefahaman politik yang amat meluas,bahkan mengambil tahunya juga amat jaraaang sekali.First time nak mengundi.*oh em..dah tua aku!* Yang aku cuma teringin nak tahu,

Bila mengundi?Agak2 dapat cuti tak kat tempat kerja?Cuti.Nak cuti.Heh.

not so called fan of just bibir.~baby4 oohh~