20130606

LOVEY DOVEY PUNYA ENTRY

8hb ni hari sabtu.Aku cuti.

Sekadar suka-suka bagitahu tapi ini bukan yang aku mahu cerita.

Ini berkenaan hati dan perasaan.

Serius bukan?
.
.
.
.
.
.
lolololol

is that you..bibir....

Pernah suka kat seseorang?Mestilah pernah kan.Sedangkan batu yang keras pun boleh dipecahkan air,inikan pula perasaan halus seorang manusia.

Aku jenis yang cepat suka kat orang.Aku amat jelas bila aku suka orang tu atau tak.Kalau aku tak suka
*maksud kat sini bukan benci,tapi no feeling lovey dovey*,aku rasa biasa.Hati aku tak rasa apa-apa.Tengok pun tak ada perasaan.Kosong.

Dan sekarang!Now!Aku suka seseorang.Tapi...macam mana nak describe aihh..hmm..hmm..macam ni boleh kot.

Bila selisih,kalau dia jalan dengan orang lain,aku akan buat tak tahu atau tak nampak kat dia.Nampak sombong kan?Tapi kat orang lain tu aku tak buat macam tu pun.Aku senyum manisss macam susu pekat F&N.

~oh betapa manisnya..manisnya senyumanmu..~

Mungkin sebab aku tak nak terbawak-bawak perasaan mushy lovey dovey yang entah ke mana tak pasti.Sebab aku tak nak hanyut mungkin.

Masa rehat pulak,meja tempat aku selalu makan sebelah dengan meja dia.Meja dia ada pakcik-pakcik merokok.Kadang-kadang aku terfikir jugak,duduk dengan pakcik-pakcik ni..dia merokok jugak ke?Sebab aku anti sikit orang merokok ni.Kuasa Tuhan mungkin nak tunjuk,sekali lepas makan elok je keluar rokok sebatang masuk mulut.Masa tu..perasaan..macam..terkejut ada..sedih pun ada.Aku sendiri tak pasti sedih tu untuk apa.

Sedih mungkin imej baik yang aku save untuk dia damage sebab kena virus rokok tu.Mungkin kot.Sedih sampai terkejut.Pastu demam.Hmm..demam tu auta.Macam over pulak.buahahaha.

Aku tak lah frust menonggeng sampai kena meraung-raung kat gunung everest ke,nangis sampai mata hitam macam panda ke dan situasi seakan-akan sama waktu dengannya.

Tak apa lah kan,ada hikmah sebaliknya.Sebab kadang-kadang benda yang kita suka mungkin sebenarnya tak elok unuk kita dan benda yang kita tak suka mungkin baik untuk kita.Tapi,janganlah kau babitkan rokok dalam hal ni.Sah-sahlah rokok tu aku tak suka dan tak baik untuk aku.Pahemmm.

Okaylah,nak sambung nangis. ???

Eh,eh..nak tido.Esok jumpa dia lagi.Eh eh.Esok kerja.

Bye!



3 comments:

  1. ehem..ehem..
    sape tuuuw?
    cecite,cecite..hehehe

    ReplyDelete
  2. ehem..ehem..
    sape tuuuw?
    cecite,cecite..hehehe

    ReplyDelete
  3. aham..aham..
    siapa dia?biarlah rahsia..
    heeee..dah cita kat atas tu
    XD

    ReplyDelete