20130309

SIMPAN MACAM DULU

Sudah lama tidak ku mencoret rasa hati atas "kertas maya" ini.*Uwerkk*.Bajet aku ialah penulis terkenal seantero di mana orang ramai ternanti-nanti karya terbaru.Heh.

Dah lama jugak aku tak update apa-apa.Tak kira kat fb,twitter,blog dan membuatkan aku terfikir,ada orang perasan ke kalau aku dah lama menyepi tanpa sebarang berita.Ada tak yang cuba nak contact aku.Ada tak yang cuba hantar mesej tak kisah lah via fb ke,sms ke,hapa2 lagi lah.Eh,kenapa tetiba dengar lagu ni..~membuatku rasa kosong..kosong..kosong..~

Tak kisah lah yang tu.Cerita pasal lain pulak.Tadi aku audit aku punya kewangan.Pergh!Nampak tak ayat fantastic baby kat situ.audit.kewangan.Haha.Aku ada simpan duit sikit-sikit.Tapi bukan dekat bank.Dekat rumah.Tabung.Menabung untuk masa hadapan.*Pesanan tak ikhlas dari izzamri*

Kenapa kat rumah?Ini bukan kes aku tak percaya sama bank.Aku ada simpan jugak kat bank.Tapi kat rumah ni saja-saja.Macam kecik-kecik dulu,simpan 10 sen,20 sen..dalam tabung.Dulu aku ada tabung bentuk bangunan TABUNG HAJI.Ada kaler hitam,biru.Aku punya kaler hitam.Aku punya tabung dah hilang.Tinggal kaler biru je.sob sob.

 
Macam ni lah bentuk dia.Siap ada kunci lagi.hehe.


Sekarang aku punya tabung pakai bekas biskut JACOB tu je.Ada lady bird jugak.

Duit syiling sedia siap-siap untuk raya.Hehe.


Nampak tak kegigihan mengasing duit syiling 10 sen,20 sen..


gigih..gigih..yakin boleh!


Nampak macam budak-budak?Tak pa,aku suka begini.Simpanan skala kecik.Kot-kot boleh guna hujung bulan billa duit gaji makin surut.Muahahah.*evil laugh*

Okay,nak sambung audit balik.Gigih..gigih..10 sen..20 sen..



2 comments:

  1. aku perasan yg ang menyepi. ingat dah kawen :P

    ReplyDelete
  2. calon pun x dak lagi.bila ang nak kawen?nak cuti2 p klate plak ni.=)

    ReplyDelete