20130201

PATAH HATI!!

~heart heart heart heart heart breaker~lagu GD bigbang bermain-main di gegendang telinga aku ni.Alahai..ada orang yang dah patah riukkan hati aku ke? Haha. *Gelak besar guling2 atas lantai* .Tak adalah.No  hard to die feeling romantika kat sini.

Hari ni,kat tempat kerja..Eh,eh,asyik cita kat pasal kerja ja. *Sigh* . Hidup seorang "pekerja berdedikasi" memang begitu.Siang malam makan minum tido mandi asyik pikir pasal kerja ja.Okey,Sangat hiperbola!. Sambung balik...

Kat tempat kerja,ada seorang ni dah berhenti.Dia orang baru jugak.Masuk seminggu awal dari aku.Gila ah!Bukan dia yang gila.Situasi kat sini yang gila.

Cuba bayangkan,aku baru masuk dalam sebulan lebih,tapi dah 3 orang dari department aku berhenti.3 orang.3 orang.Kegilaan apakah ini!!!

Disebabkan aku tak sanggup menghantuk kepala aku,
aku upah dia ja lah.Thanx tau!buahahah


Mungkin bukan jodoh aku nak kenal dengan lebih rapat dengan diorang nih.Jodoh?Hahaha.*apsal tetiba rasa diri sendiri gatal2 ni* Just,aku terhadap pendirian aku untuk kekal lama kat sini dah semakin goyah.Tak utuh.Luntur.Suasana kat sini terlalu tegang,rasa macam ada aura negatif kat sekeliling.


Aku faham production punya kilang mempunyai tekanan tersendiri.Semua benda harus cepat.Proses,mesin,tenaga kerja..semua perlu efektif dan tangkas.*Apsal rasa ada gaya pengulas sukan*. Semua orang sibuk dan aku faham betapa orang baru harus belajar sendiri.Tapi,semangat aku kadang-kadang tinggalkan aku.*merajuk dengan aku lah kot*.

Tak apalah semangat ooii,jangan merajuk lama-lama sudeh.Sikit-sikit aku benarkan. *Jangan pikir aku gila hanya sebab aku memujuk semangat aku*.

Dann..

Jumpa ni.. 

Macam tahu-tahu je..

Saya ada masalah pasal pilihan..

Kebetulan...

Hikhik *blushing2*..DUSHHH!


Aku telah memilih;sedang berada di dalamnya;sesak;rebah;bangun semula;berjuang;melangkah sambil tersenyum;bersyukur.

















2 comments:

  1. knp rmai yg berenti eh...srabut sgt?

    ReplyDelete
  2. banyak dapat kerja lain.
    ada lagi sorang nak berhenti ni.
    kiranya 4 orang dah.
    heee =)

    ReplyDelete