20121208

IT'S GONNA BE TOUGH!

Ak baru habis konvo.Memang sangat baru dan sangat penat.6hb Disember,tarikh ak konvo.Gambar konvo?Lain hari kita cerita.*bajet ada orang baca lah kau punya blog picisan nih,heh*

Sebelum konvo,ak ada beberapa benda yang ak harap dapat capai.*Sebab nanti ak tak nak konvo dengan hati yang tak tenang,tak gembira,tak puas hati*.Benda yang ak dah dapat sebelum konvo..

1.LESEN KERETA
Kawan-kawan baya ak yang lain semua dah ambik waktu lepas SPM.Ak ja yang terkontang-kanting lepas U.Arghh! Janji dapat! muahahaha.Ak pegi dengan mak ak.Rasa lega lah jugak sebab ada peneman.Kalau masa belajar kena marah tu biasa lah *walaupun kadang2 ak pun rasa nak marah balik*,tapi ak sedar itu adat belajar.Eh! tak jugak,ak rasa bergantung pada sikap pengajar tu lah.Kalau dapat jenis yang sabar,untunglah.Kalau jenis yang cepat baran,haiii...naseb badan lahh!

Ak kena ambik test 2 kali.Mak ak lulus 1st test tau.Hoh! Tercabar di situ.haha.Kali pertama ak gagal kat bukit.Geram!! Salah kereta tu lah.*Eh,tak sedar diri*.JPJ tu suruh ak turun sebab dah gagal.Akibat tak berdaya menahan perasaan marah yang membuak-buak,pintu kereta tu ak hempas kuat sikit.Sikit je lah.Gila kau nak kena marah dengan JPJ.*padahal pengecut dengan JPJ*.

Kali kedua,26hb November.Berdebar-debar gila.Jantung ak DUP DAP DUP DAP!!Mulut ak macam terkumat-kamit macam hapa ntah.Segala doa ak baca.Doa makan,tido..apa lagi.Okeh,sangat hiperbola.1st try kat bukit,tak sampai garisan.Sudah!! 2nd try,yang last chance punya,SUCCESS!! Rasa macam nak keluar kereta lompat2 jap,pas tu masuk balik kereta sambung parking.And the rest..syukur saja yang mampu kuucapkan.

2.KERJA OH KERJA
Kuasa Allah itu tak tercapai dek akal,tahu?Ada sebabnya ak cakap begitu.Sebelum ni sungguh ak stress dengan kerja.Kalau tengok previous post,macam nak rak pasal cari kerja.Mana tak stress,dengan kos ak yang kebanyakan orang pandang sebelah mata,telinga,otak.Susah tahu nak cari peluang.*emo,emo,lap2 air mata*

Ak jumpa iklan kerja.STAF EKSEKUTIF.Ak apply.Lepas 2 hari cam tu,diorang kol.

TAPI...

handset ak tertinggal kat bilik.Ak check jam diorang call.Elok-elok lepas 1 minit macam tu ak keluar bilik diorang call.Ak search google dan ia memang no. kerja yang ak apply.Ak try call balik tapi tak dapat.FRUSTnya hanya Allah yang tahu.Sebab ak memang sangat nak mahu kerja.Entah kenapa,bila ak mula rasa kecewa,cepat2 ak ingatkan diri ak "Jangan cepat putus harap kat Allah,Allah tu maha berkuasa.Mintak kat DIA selagi terdaya." Ak jadi tenang balik.Betul.Ak buat macam tu kalau hati ak dah nak masuk mode kecewa.

Lepas tu,ak dapat e-mel.Dari kerja staf eksekutif yang ak mintak.Ak macam jadi goosebumps tahu.Sebab diorang offer ak engineer.Masa tu jugak dalam hati ak terdetik "Allah nak bagi ak sesuatu yang lagi baik,sebab tu Allah tak bagi ak angkat call tu.Allah nak ak lebih percaya kat DIA lebih dari segala-galanya.Sebalik semua ni ada hikmah yang paling tak terduga oleh kita."

Ak pun pergi lah interview.*apa jadi kat interview?malas nak taip*.Diorang cakap akan call dalam 2 minggu untuk tahu result.Seriously.ak tak kisah kalau dapat ke tak.Sebab ak dapat satu "hadiah" lagi berharga.Apa yang Allah nak tunjuk kat ak.Apa yang Allah nak ajar ak.*yang ak frust tak angkat call tu*

Lepas ak test untuk LESEN KERETA tu,yang 2nd try tu,hari yang sama,26hb,lepas balik rumah.Betul-betul lepas balik rumah.Ak dapat call.Ak dapat kerja tu.Again.Ak terfikir hebatnya rencana Allah.Sungguh.

Ak harap pemikiran ak ni tak terhad bila ak perolehi sesuatu.Ak sungguh berharap ak dapat berfikir sebegini masa ak mengalami kesusahan jugak.Amin.

Dannn...

Lepas ak balik konvo,ak check e-mel.Again.Adrenaline konvo tak habis lagi kemudian ak dapat ni..




SPA.Ak memang tahu susah nak dapat kerja melalui SPA ni.Paham2 na.Selalu yang dapat kebanyakannya guna Orang dalam luar tepi kanan kiri.Ini memang di luar jangkaan.*Bajet dapat nobel*.Walaupun sekadar panggilan interview,tapi besar makna untuk ak.

Now,I need to consider between govern or private.*kalau dapatlah SPA tu*

Dann...


I feel proud personally.Thanks prof! heeee..=P


No comments:

Post a Comment