20121117

sebab SELESA

Maafkan aku kerana terlalu lemah untuk melindungi kamu sedangkan kamu kuat berjuang di sana

Maafkan aku kerana masih lagi boleh nyenyak dibuai mimpi indah sedangkan kamu sentiasa terjaga di sana oleh bunyi letupan di sana

Maafkan aku kerana aku mampu lagi ketawa bahagia sedangkan kamu berduka kehilangan orang yang kamu cintai dan sayangi

Maafkan ak kerana bumiku basah ditimpa hujan rahmat sedangkan kamu dipayungi hujan peluru kekejaman zionis Israel

Maafkan aku kerana aku masih lagi selesa di sini sedangkan kamu berjuang untuk mempertahankan bumi yang kamu cintai

Ya,sebab selesa.
Dibuai mimpi indah,
Tidak kisah akan makanan kerana mencukupi,
Ketawa bersama-sama teman dan keluarga disisi,
Mampu belajar dalam kondisi yang  baik,

Dan kadangkala aku yang hina ini tidak kenal erti syukur
Mulutku terkunci dari mengucapkan kalimah keramat "ALHAMDULILLAH" itu
Tanganku berat untuk meminta dariNYA
Sebab selesa.

Benar aku pohon padamu wahai saudaraku Palestin
Maafkan aku  
                                                                 
 

  






MALAYSIA


CANADA


SOUTH KOREA


IRELAND




This is the only I can do besides my pray for you.Be strong.

No comments:

Post a Comment