20121123

Sejak dulu

Macam kelas yang kau tak suka pergi dah dibatalkan.*huraayy* Maka.Kau terbaring di atas katil sambil "berpoya-poya " menonton movie dekat laptop.ATAU.Kau sedang bersiap-siap nak keluar menikmati hari muda,kononnya.

Tiba-tiba..

Kau dapat satu mesej.Kelas yang dibatalkan tu ada balik.Movie yang kau dah tengok dah sampai tahap klimaks.ATAU.Kau cuma tinggal nak touch-up mekap sebelum kau keluar.


Apa perasaan?Marah membara menyala-nyala?Seronok sebab kelas ada,boleh menuntut ilmu?Heh!


Seumpama gencatan senjata yang dilakukan oleh zionis Israel di Palestin sekaranglah.Kanak-kanak sudah tersenyum riang dan bermain-main sesama mereka.Dan dengan tiba-tiba zionis israel yang memang tidak berhati perut  telah melanggar perjanjian tersebut dan menyerang di selatan gaza dan mengakibatkan 6 petani cedera.

Sepertimana sejarah terdahulu *bukan sejarah tanah melayu atau malayan union atau seangkatannya*,sejarah Perjanjian Hudaibiyah.Di mana Nabi ingin ke Mekah buat pertama kalinya selepas hijrah dan telah disekat oleh musyrikin quraisy mekah.Hikmah dari sekatan itu,termeterai Perjanjian Hudaibiyah dimana kedua-dua belah pihak harus mematuhi syarat yang ditetapkan.Dan salah satunya gencatan senjata.Dan jugak musyrikin quraisy mekah jugak lah yang telah melanggar perjanjian ini.Nak tahu lebih lanjut pasal perjanjian hudaibiyah..

http://al-hayah90.blogspot.com/2010/03/pencabulan-terhadap-perjanjian-damai.html

http://www.scribd.com/doc/58893779/PERJANJIAN-HUDAIBIYAH

Ak memang tak percaya apabila pengumuman gencatan senjata ini dibuat.Bukanlah ak menafikan akan kebaikannya kepada palestin.Tapi sejauh mana kepercayaan yang boleh diletakkan kepada zionis israel ini.Dan kesannya.Mereka mengulanginya.Lagi.Dan lagi.








Be strong my lil kids and I'm so sorry because I can't help you besides my dua'.I'm sorry.


No comments:

Post a Comment