20121019

Serius

Pernah tak?Pernah tak kau suruh orang lain cubit budak yang kau tak suka,lepas tu kantoi dengan cikgu sebab budak tu menangis,lepas tu kau pulak kena cubit,dan kau menangis.Tak pernah?Okay,bukan itu benda yang ak nak cerita sekarang.*jangan bagi penampar jepun kat sini*

Serius sekarang.

Serius...


...........

...........

......hahahaha=D*dushhh!*

Ak berfikir.Tentang kehidupan ak.Normal.Sederhana.Keluarga ak sempurna ibu ayah.Kehidupan kami cukup makan.Rumah,kereta biasa2 saja.Tak kaya,tapi tak terlalu susah.Nampak sempurna bukan?

Ak pernah terdengar,orang yang menerima ujian,dugaan itu menandakan Allah sayang.Ujian yang ak selalu terbayangkan ialah kalau seseorang tu tidak sempurna sifatnya,kehilangan ibubapa atau adik beradik lain,hidup susah;kais pagi makan pagi kais petang makan petang*sila rujuk kamus tatabahasa* dan dugaan lain yang kita boleh nampak.Itu dugaan di Malaysia.

Kalau saudara seIslam kita,wajiblah kita tahu.Penindasan yang dilakukan oleh pihak tentera Israel di bumi Palestin.Anak-anak kecil kehilangan ibubapa dalam usia yang terlalu muda.Ibubapa dengan rela hati melepaskan anak berjuang untuk mempertahankan tanah tercinta.Sekatan makanan.Sekatan bantuan.Hilang rumah.Hilang bahagia.Anak kecil berlawan menggunakan batu sebagai senjata.Itu kisah di sana.

Ermm,,*jari di dagu,dahi berkerut,mulut terkumat kamit,kononnya tengah berfikir,KONON!*

Kalau hidup ak normal,kiranya tak ada dugaanlah.Kalau tak ada dugaan,kiranya Allah tak sayang lah?

No!No!No!*angkat jari telunjuk anda,goyang kiri,kanan,kiri kanan*

Hidup biasa itu merupakan ujian.Sebab kita terlalu biasa hidup begitu,takut hati kita pun jadi terlalu biasa.Lupa pada nikmat yang biasa ini.Lupa ucap syukur.Sebab terlalu biasa kita hidup begini.

Bagi ak,ujian pada ak bila ak menghadapi konflik dengan keluarga*tak siapa tahu,kecuali my buddy since school and my rummate since matrik*.Eh,kenapa perasan lidah mat saleh ni?Eh,eh...

Bila kawan ak cakap maybe ini adalah ujian dariNya,ak pun tersedar.Ini adalah salah satu ujian dariNya yang tak ak sedari.Mungkin bukan dalam bentuk fizikal dan harta,tapi dari segi emosi,hati dan perasaan.

Ya,ak hilang pertimbangan untuk seketika.Cuma membayangkan.Tidak melakukannya.Syukur.Iman masih kuat.DIA masih sayang.

Ak tidak punya banyak ilmu berbicara,Sekadar berkongsi*kalau ada yang membaca*


Happy reading!

-thanks buddies-

2 comments: