20120905

JE @ JA ???

jE atau jA ? 
Apa beza antara dua perkataan ni?

Okay,kalau setakat nak bagitahu beza dari segi ejaan...*aiyarrrkk(high kick),dush3,boooommm(baling mercun)!!*puas hati ak.

Kalau ak,mungkin dari segi loghat.Kalau orang kay el atau melaka selalunya mungkin,belakang perkataan tu tukar ke e.Contohnya mana---> mane.Kalau orang utara kekal "mana" tapi dia macam tekankan "na" tu seakan-akan nak dekat ke "no".Ak ulang.SEAKAN-AKAN.Dan janganlah bendul sangat dengan menganggap semua perkataan akan ditukar dan ditekankan.Oh,tolong..

Ak bukanlah ingin menjadi racist di sini ya.Peace selalu.Dan paling penting ak bukanlah ingin bercerita pasal loghat di sini.Biasalah manusia selalu menyimpang dari tujuan asalnya.

Al-kisah...

Pagi yang hening,pukul 7.30 pagi lebih kurang,sambil ak melipat kain baju di depan tv.Ya.Ya.Ak dengar.Terima kasih sebab memuji ak rajin dan anak mithali.Ak menonton "Tanyalah Ustaz" kat tv9 ni.Dan tajuknya adalah "JENAZAH".Ustaz ni menerangkan prosedur,apa yang harus kita lakukan bila terdapat kematian,apa yang kita tak patut buat.Oh,ak rasa betapa ak tidak tahu banyak dan harus mengambil tahu LEBIH.

Sebagai intronya,ustaz ni menerangkan definisi jenazah.Beliau cakap,ada orang memanggil JEnazah sebagai JAnazah.Ak tak pernah pulak dengar janazah.First time jugak dengar janazah.

Jadi apakah perbezaannya?

Ustaz tu cakap jenazah membawa maksud mayat;jasad yang telah diambil nyawanya.Manakala janazah pula keranda yang menempatkan mayat di dalamnya.

Sebagai contoh,"ayah memandikan jenazah anaknya".

"Ayah bersama beberapa orang lagi membawa janazah ke tanah perkuburan"

Betapa dua perkataan membezakan sesuatu makna.

Yang ni link kalau nak tengok.*Ak tengok live tahu*

http://www.youtube.com/watch?v=q5bXgbkVN8U

Nak kena belajar lagi ni.





No comments:

Post a Comment