20120529

AK MEMBACA BUKAN KERANA ITU



Nampak sangat rajin kan kalau ak MEMBACA di kafe padahal waktu tu orang tengah berebut-rebut membeli makanan.Oh,tambah-tambah pulak kalau waktu tu "lunch hour".rajin.

Nampak macam ak seorang budak "innocent" yang MEMBACA sambil dijatuhi bunga-bungaan dan daun-daun apabila ditiup angin ribut petang sambil mengibas-ngibas tudung ku ke kiri,ke kanan,ke kiri,ke kanan lagi..

Nampak macam ak seorang yang berpengetahuan luas kan kalau ak MEMBACA.Lagi nampak macam tu kalau ak baca buku bahasa inggeris dengan kamus OXFORD setebal tapak tangan kat tepi.Walaupun buku itu adalah buku cerita kanak-kanak CINDERELLA STORY.
Kadang-kadang ak nak usung buku ensiklopedia yang tebal gedabak ke sana,ke sini,ke sana,ke sini..

Nampak lagi bagus kalau baca buku sebelum tidur.Walaupun buku yang dibaca adalah buku sejarah.oh,lullaby..

Ak memang minat membaca.Bukan dibuat-buat.Mengusung buku ke sana ke mari.Ke kelas.Kalau ada ceramah yang membosankan.Menunjuk-nunjuk kepada satu dunia bahawa ak lah pembaca yang tegar.Tidak.Bukan begitu.*Walaupun ak dapat anugerah NILAM,ak tak akan tunjuk pada dunia*

AK MEMANG SUKA MEMBACA.
dan ak bukan membaca dalam posisi sebegini rupa


Tak lah.tak menunjuk pun.Memang hobi.Kalau orang tanya "Apakah hobi anda?"
Kalau jawab,menunjukkah?

Ak suka mengenali dunia luar di mana ak tak berkesempatan untuk pergi.oh,haruslah.bajet tak cukup.

Ak suka mengenali tokoh-tokoh yang jarang diperkatakan seperti NOORAH.Kenal?
Haruslah tak kenal seperti mengenali artis-artis tempatan yang ceritanya ntah hapa2,turun naik mahkamah,cerai berai,skandal dengan datuk,pakai baju tak cukup kain macam tak ada duit nak beli.*muak sudah!*

Dan,ak rasa ak akan buat entry berkenaan buku sahaja lepas ni.

No comments:

Post a Comment