20120211

TEPUK..TEPUK..TEPUK AMAI2


Ak tengok MHI beberapa hari lepas.Ada beberapa artis jemputan.*Bila pulak nak jemput beyonCET ni?tsk2* Tapi yang menarik perhatian ak perbualan antara ahli Raihan dan salah seorang pengacara pada hari itu.
Lebih kurang macam ni..*lebih kurang tak membawa erti sama atau serupa,ia membawa maksud seAKAN-AKAN sama.ngerti tuh*

RAIHAN : (Menceritakan pengalaman ketika mengadakan konsert di luar negara)

PENGACARA : Menyatakan rasa kagum dan ingin bertepuk tangan.

RAIHAN : Tepuklah.Tepuk.Tak salah kalau nak tepuk.Banyak yang saya dengar tak boleh tepuk tangan sebab kalau tepuk,nanti SYAITON beranaklah..saya tak pernah dengar pulak ada hadis yang menyatakan sedemikian.Kalau saya pergi negara lain,mereka tepuk tangan macam biasa.

Ak yang tengah melantak nasi lepak dengan kopi o tersedak sebentar*oh,sebentar saja*.

Tepuk tangan.
Ya,ak pun dulu macam tu jugak.Kalau pergi aktiviti berbentuk kerohanian,nasyid ke apa..mesti automatik ak tepuk tangan dengan tangan ak saling bersilang.Maksud ak,tangan kanan atas tangan kiri.Sebab waktu ak sekolah rendah dulu*zaman kejahilan lagi*,banyak yang ak dengar kalau tepuk tangan kuat2 nanti SYAITON beranak banyak.Sekarang?Ak tepuk jugak.Macam biasa.Tapi kadang2 ak teringat lah teori zaman budak2 dulu.

Sekarang.Ak tepuk jugak.Tepuk amai2...


+_______+ iman adalah mutiara.....



No comments:

Post a Comment