20120129

PENAKUT

Habis present proposal,tengok AJL.
Bukan Aku Jiwa Lembut @ Aku Jenniper Lopeh
Tapi Anugerah Juara Lagu (AJL)

Ak dengar lagu penakut,by YUNA.Awesome!Of course it is.Dengan suaranya yang lunak.
Penakut.Yeah.Ada kaitan dengan diri ak.
Ak sangat2lah penakut.Not related with ghost or paranormal uncle seekers lah.

Ak penakut bila berhadapan atau terpaksa berurusan dengan orang luar.
Kalau ak kena jumpa pegawai or prof,sebelum tu ak mesti kena singgah tandas dulu.Mangkuk tandas kat kolej pun dah muak tengok muka ak.Mana taknya,darah gemuruh ak semua mengalir ke sistem penghadaman dan mahu "melabur" keluar.Sakit perut tak pasal2 dengan tangan yang terketar2.Macam dah kena cirit gamaknya.Tambah dengan parkinson.Bak kata salah seorang kawan ak.*oh,terima kasihlah!*

Ak selalu memikirkan perkara2 yang buruk bakal terjadi.Bad impression.Imaginasi melampau-lampau.Contohnya,nak berurusan kat kaunter.Tak kisahlah sama ada kaunter bank, pelajar hatta pejabat pos sekalipun.Ak dah terbayangkan macam mana kalau pegawai tu marah ak dan malukan ak depan khalayak.Walhal,ak tak jumpa lagi pegawai tu dan perkara yang ak bayangkan mungkin tak terjadi pun.Dan ak pun menganggap alangkah bodoh dan ceteknya pemikiran ak sebab terlalu2 risau akan benda2 macam ni.

Jujur ak katakan,Ak berasa sangat kecewa dengan diri ak.Why I can't be a brave person?

I'm always talking to myself.Semua orang sama.Akan kembali ke sisiNYA juga bila tiba masanya.Yang membezakan manusia di muka bumi ini adalah pangkat dan darjat yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Semua orang sama.Semua orang sama.Jadi,untuk apa perlu takut?jadi seorang penakut?

+___________+Cuba untuk membuang perkataan penakut kepada manusia,tetapi tidak kepada YANG MAHA ESA.



No comments:

Post a Comment